Monday 16 July 2012

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT 2012
Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam, bertempat di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Segamat ini telah menghimpunkan seramai 82 orang peserta dari seluruh sekolah menengah dalam daerah Segamat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah, LDK, Explorace serta pengisian kerohanian. Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu, Alhamdulillah semua aktiviti dalam program ini dapat berjalan dengan baik. Tuan HJ Anuar Ibrahim selaku wakil rasmi ADUN Kemelah telah menutup rasmi kem ini dengan memberi nasihat kepada para peserta akan pentingnya menjaga akidah dari terpesong dan terpengaruh dengan dakyah golongan-golongan yang memusuhi Islam. Terima kasih atas segama sumbangan usaha dan tenaga pihak urusetia dan fasilitor yang menyumbangkan tenaga, masa dan idea dalam menjayakan program kali ini.

Sunday 16 October 2011

KARNIVAL DAKWAH 2011- AMALI HAJI PERDANA

Karnival Dakwah PEKDIS daerah Segamat telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Okt. 2011 yang lepas. Program yang menggabungkan Ihtifal J-Qaf, Amali Haji Perdana dan Seminar Pengubatan Islam itu turut disertai dengan pameran dan juga jualan.Program yang julung kali diadakan ini telah menarik ribuan peserta yang mengambil bahagian disamping kunjungan dari masyarakat setempat terutamanya ibubapa peserta yang mengambil bahagian. Majlis penutup karnival telah disempurnakan oleh ADUN Buloh Kasap, YB Dato' HJ Othman Jais. Dalam pertandingan Amali Haji SMK Munshi Ibrahim Labis telah berjaya mengungguli tempat pertama diikuti oleh SMKA Segamat dan tempat ketiga dimenangi oleh SMK Seri Jementah. Tahniah kepada semua pemenang dalam pertandingan yang disertai dan syabas diucapkan kepada penganjur serta urusetia dan jawatankuasa PEKDIS yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan karnival ini. Moga program seumpana ini dapat diteruskan lagi di tahun hadapan.





































lagi foto menarik di : SILA KLIK
Related Posts with Thumbnails