Sunday 1 August 2010

Multaqa GPI Daerah Segamat










Tahniah kepada PEKDIS Zon Utara kerana telah berjaya menganjurkan program Multaqa tersebut di SMK Seri Kenangan pada 31 Julai 2010 yang lepas. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ust. Amran bin Shukor diikuti ceramah yang disampaikan oleh Ust. Hanafiah A. Razak(Pegawai Falak Syarie -Jabatan Mufti Johor). Seterusnya ceramah oleh Ust. Sobhan Masud (Nazir GPI JPNJ). Sebelah petang pula disambung dengan Forum yang bertajuk "Peranan Usrah ke Arah Menjana Modal Insan' dengan dibarisi ahli panel dari IPGTHO iaitu Ustaz Isa bin Man dan Ustazah Sumilah bt Marto (IPGTI)sementara HJ Lut bin Bujang bertindak sebagai moderator forum. Sesungguhnya semua pengisian dalam Multaqa telah memberi banyak input yang baru, menarik dan berguna kepada semua GPI yang hadir. Program tersebut telah disempurnakan penutupnya oleh KS SPI JPNJ - Ustaz Haji Hassan bin Issa. Tahniah kepada PEKDIS Zon Utara atas usaha yang murni ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails